Dari langit setiap saat wahyu turun ke dalam kalbumu,
“Bagaikan sampah berapa lamakah usia hidupmu di atas bumi? Naiklah!”
Sesiapa yang beban jiwanya berat, pada akhirnya akan menjadi sampah.
"Apabila sampah memenuhi tong, bersihkan!Demikian roh, bagaikan obor, asapnya lebih tebal dibanding cahayanya.
Janganlah lumpur itu dibuat keruh setiap kali,
Agar air kolammu jernih dan sampah mudah dibuang dan dukamu sembuh"
Apabila gumpalan asap lenyap, cahaya dalam rumah tak akan dipermainkan lagi.
Kau sentiasa bercermin ke dalam air keruh,
Kerana itu bukan bulan ataupun matahari kau lihat
Apabila kegelapan menutup langit, matahari dan bulan tak nampak.
Angin utara bertiup, udara segar.
"Untuk membawa udara segar angin sepoi bertiup pada waktu subuh.Di bumi roh ialah pengembara asing, negeri tanpa ruang itulah yang ia rindukan,
Angin roh bertiup membuat segar dada yang sesak disebabkan derita.
Nafas ringan terhela dan jiwa rasa hampa"
Mengapa nafsu amarah sentiasa gelisah?
Roh suci, berapa lamakah kau akan mengembara di bumi?
Kau elang raja, terbanglah kembali kepada siul Baginda!
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
0 komentar:
Posting Komentar